kadang langkah terkaku,
bukan kerana dinginnya salju,
tapi beratnya hati.


kadang mulut terkunci,
bukan kerana jerihnya di lelangit,
tapi ditenggelami derita.


kadang hati membeku,
bukan kerana bencinya kalbu,
tapi ruangan itu wujud, antara kau dan aku.

No comments:

Post a Comment

(: