Tak susah nak jadi in-control sentiasa.
Tapi, kadang, amarah itu lebih dari iman.
Waktu itu baru kita sedar, masa takboleh nak diputar balik, masa itu baru kita sedar, kita dah silap.

Maka?

Maka, belek muka surat baru, guna pen baru, isi dengan idea yang baru. Semua orang ada turun naik nya. Seminit dua minit, setahun dua tahun, siapa kisah? Yang penting kesedaran itu wujud sebelum roh di kembalikan padaNya. Itu sahaja. Kalau mudah berkata-kata, praktik kan. Tengok senang ke idak.

Maka. Bukan niat nak berfalsafah tapi ikrar diri untuk tidak meluahkan terlalu banyak, untuk hanya pendamkan sahaja tanpa pertuturan normal seorang manusia kepada manusia yang lain.

Kerana. Bukan semua manusia itu baik. Bukan semua manusia itu boleh dipercayai.

Kerana. Sekali terhantuk, esok lusa ingat lagi. Dua kali terhantuk, tulat kedepan ingat lagi. Banyak kali terhantuk, sampai bila bila I fobia tak lalu tempat sama.

Mudah. Bila orang berkata pasal orang lain.
Mudah. Bila yang berkata itu berlagak sempurna.
Mudah. Kalau punye cermin dan mesin pengukur diri yang boleh dipinjamkan kepadanya.

Pelik apabila ada orang pandang pelik pada wanita bertudung.
Pelik kalau yang memandang itu juga dari golongan yang sama.
Pelik juga apabila prinsip saudara dalam islam itu tidak lagi wujud gara-gara pengukuran saiz tudungnya berbeza.
Pelik, bukan?

Sebenarnya. Tiada sekelumit pon makhluk yang boleh menilai melainkan Dia.
Sewajarnya. Hidup ini bukan untuk menghakimi, tapi untuk berkongsi.
Sesungguhnya, siapa kamu untuk melebihi kekuasaanNya?
Wallahualam. :)




p/s : I bukan nak bagi syarahan agama. Sebab I pun tahu I tak sempurna. Banyak sangat lopak dan celanya. Tp I cuba untuk dekatkan diri denganNya. Itu, kewajipan setiap yang bernyawa, bukan? :)

No comments:

Post a Comment

(: