Hidup I dah aman damai dah. Alhamdulillah. Betul lah kata seseorang, kalau kita mencari akhirat, dunia akan datang mencari kita. Allah itu Maha Adil. Dia tahu kebenaran dan kebatilan. Dia tahu rahsia hati. Dia tahu segalanya yang terbaik.

Penderitaan itu mengajar manusia untuk lebih meghargai erti hidup, kasih sayang dan cinta. Cinta itu anugerahNya. Setiap yang menemuinya haruslah menghargainya walau sesukar, walau sepahit mananya. Kerana anugerah itu tidak akan berhenti disitu sahaja.

I lebih rela kalaulah cinta I untuk seorang lelaki itu digantikan dengan cinta kepada Nya dan nabiNya. Perjalanan hidup. Dekat atau jauh. Biar Dia tentukannya. Yang penting, gunakanla perjalanan itu sebaik yang mungkin. InshaAllah. :)

No comments:

Post a Comment

(: