Assalamualaikum.
11april2012. Arwah tok abah yang selesa kami panggil 'abah' telah dipanggil untuk bertemuNya. Ini ada kematian kedua dalam keluarga saya selepas ibu saudara saya. Alhamdulillah keesokan harinya arwah selamat dikebumikan. Alhamdulillah, saya berkesempatan memandikan arwah. Usai dikafan, anak beranak diberi peluang mengucup arwah buat terakhir kali. Sunyi sepi, diiringi esakan kecil kedengaran. Sungguh, saya akui tidak elok bersedih dikala waktu seperti itu, tapi yang berada didepan saya, terbujur kaku itu abah saya. Satu satunya datuk yang ada. Namun, ternyata Allah lebih menyayangi arwah, memanggilnya terlebih dahulu dari kami. Allahuakbar, lutut menggigil, badan kaku ketika memeriksa nadi arwah pada malam rabu lepas. Hanya nenek saya, che, abang sulung dan saya berada di rumah ketika arwah menghembuskan nafas terakhir. Hanya Dia yang tahu perasaan saya ketika itu. Allah. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang beriman. Semoga amalan arwah dan doa doa kami diterima Yang Esa buat menemani abah di alam sana. Sehingga berjumpa di hayat yang seterusnya abah, bersama senyuman yang terukir diwaktu hayatmu dan juga diwaktu pemergianmu InshaAllah. Al-Fatihah. :)
No comments:
Post a Comment
(: