Engkau taktahu derita yang ku lalu
Engkau hanya melihat hidup ku hingar dengan keletah ketawa
Engkau bukan aku
Mahu pun dibenar Dia, aku takpasti apa kau bisa berdiri disini, tempat yang aku berpijak kini


Lelah aku 
Lelah aku menghadap kerenah manusia
Engkau mengira aku kuat
Engkau mengira aku mampu
Kiraan engkau kadang ada benarnya


Tapi tahukah engkau
Aku manusia
Cuma manusia
Kadang aku rebah meruntun jiwa esakku
Kadang aku gusar mampukah aku menahan getaran sebak ini
Kadang aku bertanya, bilakah sungai dimataku ini kering


Aku gusar, aku kelana
Ada waktu aku sedar segala
Ada waktu kesedaranku dihimpit rasa pilu
Merobek kepercayaan yang aku tuntun, yang aku bina dari hari ke hari


Engkau dan aku
Apa wujudkah keperluan untuk saling merosak
Aku menghargai engkau sepertimana aku menghargai nikmat Dia
Kerana aku yakin, engkau adalah nikmatNya yang dikirim Dia untuk aku


Andai cuma engkau mengerti.



No comments:

Post a Comment

(: