Apabila engkau melihat kekasaranku itu sebagai tanda keangkuhanku, kau lupa, kekasaran itu mendidik dan menjadikan aku lebih kuat, supaya aku tidak lagi rapuh seperti dahulu. Ketika kau mula merasakan kekasaranku itu sebagai satu isyarat yang kau mampu melukakan aku sesuka hatimu, kau lupa, aku masih punya kelembutan yang menjadikan aku si cengeng tanpa mengira waktu. Engkau menjadikan kekasaranku ini sebagai satu tiket untuk kau menghalalkan segala ketidakperikemanusiaanmu, kadang aku terpikir, adakah kau masih sedar, bahawa aku seorang wanita?


Aku kasar, bukan bermakna aku ingin menjadi lelaki. Aku begini, kerana aku tahu ini yang menjadikan aku lebih kental menghadapi semua. Kau mungkin tak akan mengerti kerana bagimu, seorang wanita itu harus sentiasa lemah gayanya. Aku tak bangga menjadi seperti ini, aku tak bangga menjadi seorang perempuan yang kasar. Aku langsung tak bangga. Asal kau tahu, kalau aku bukan seperti aku yang sekarang, hari ini, kau tidak akan pernah mengenali aku. Asal kau tahu, kekasaran aku tidak bermakna hilangnya perempuan dalam diri aku. Kau tidak tahu, langsung tidak tahu, betahkah untuk kau menilai diriku? Lihat dirimu, tinggi sekalikah darjatmu untuk menilai orang lain serendah kakimu?

No comments:

Post a Comment

(: