People.

I'm quite astonished of how snobbish people could be. I mean, saya tahu awak punya ilmu lebih dari saya, ye awak dah pegi menunaikan rukun islam yang terakhir, ye awak pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Tapi tu tak bermaksud awak punya hak untuk menghakimi saya luar dan dalam. We are just human beings. You ARE human being too. Saya tahu ilmu saya kurang, ape memang wajar awak buat saya seolah olah saya orang yang paling teruk di dunia ni? Macam saya taktahu langsung hukum hakam agama ni? Awak boleh kan nasihat saya, tegur, perbaiki saya dengan cara yang berhemah. Junjungan kita S.A.W pon takpernah berdakwah dengan cara yang kasar, apa lagi awak? Saya cuba mendalami ilmu, baik dunia ataupon akhirat. Saya cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik, tapi kalau manusia lain berperangai macam awak, itu bukan ke seolah-olah seperti menghalang niat suci saya itu? Muka saya, muka awak, muka sesiapa pon, tade papan tanda yang bagitau yang kita ni ahli syurga ke ahli neraka ke? Awak, Tuhan tu Maha Kaya, Maha Mengasihani, Maha Pengampun. Awak takberhak meletakkan saya dimana mana posisi yang awak fikir saya layak. Itu bukan tugas awak. Saya bukan seorang yang penyabar, tetapi selagi saya boleh kawal diri saya, inshaAllah, nothing bad akan jadi. I am a very straightforward person, please, jangan buat perkara yang boleh menggalakkan lagi mulut saya cakap bukan bukan directly to you. Saya hormat awak, up until this moment, jadi apa salahnya kalau awak hormat saya jugak? Please, don't easily judge.

1 comment:

  1. dear,, dont be sad.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba Nya =)

    ReplyDelete

(: