usah diragui ketabahanmu
usah diragui dugaanNya
kamu adalah zaujah terbaik hanya untuk rejalmu yang terbaik
sakit hatimu tika ini, pilu peritnya jiwa mu tika ini
ketahuilah, suatu hari nanti, kamu akan berterima kasih untuk semua itu
itu yang mematangkan, itu yang memberi kamu kerdipan syukur terima kasih mengajar segala erti hidup
yang pasti sudah kamu betah ketahui, hanya sementara


lelaki yang meninggalkan kamu itu, bukan hanya kerana dia tidak melihat cinta dihati kamu
bukan hanya kerana dia adalah lelaki yang tidak punya jiwa untuk menghargai kamu
tetapi itu sudah disuratkan olehNya
kerana Dia tahu, lelaki itu bukan yang terbaik untukmu, lelaki itu tidak memegang kunci untuk laluan kamu ke pintu syurga
dan kerana Dia tahu, tulang rusuk yang kamu punya kini bukanlah milik lelaki itu


terimalah sayang
biarkan sayang
lepaskan segala yang membebankan jiwa kamu
cinta yang disemaiNya di hati kamu itu terlalu bernilai untuk disiakan
biarkan segala, terima seadanya
andai punya derita bagi kamu, pasti jua ada bahagia menunggu
ku ingin kau ingati ini
kamu adalah zaujah terbaik, hanya untuk rejalmu yang terbaik.







No comments:

Post a Comment

(: