Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog. Ever since before duk kelam kelibut ngan KELCHEFF lagi. Banyak benda dah jadi. Suka duka pahit masin tawar bagai. Dah kelat dah lidah dan hati ni rasa tp alhamdulillah, semuanya mendewasakan dan memberi 1001 makna yang tak semua orang boleh dapat.

KELCHEFF. Awalnya rasa mcm tak dpt nak commit sebetulnya, tp kerana tanggungjawab dan juga minat, berjaya jugak lalui nya. Tahun ini banyak pengalaman baru, banyak suka duka. Ada duka tapi lama kelamaan dah terbiasa maka duka itu dah tukar jadi suka. Terima kasih yang tertinggggii setinggii tinggi kepada semua. Yang memberi tunjuk ajar dan mengajar tia erti sabar, erti sayang dan hormat. Ikotkan hati je memang binasa. Kena selaraskan hati dan akal, barulah menjadi. Ye idak? Hihi. Apa pun, sedih sebab dah takboleh sama-sama sepertimana 10 hari KELCHEFF. Tengok org bahagia, saya turut bahagia. Tapi tulah, sume tegur, kenapa nampak sedih. The thing is, I memang sensitif, sangat sebenarnya. Tp I dah jatuhkan diri I serendah yang boleh, supaya boleh paham kerenah manusia yang berbagai ni. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, barulah kita tahu, tinggi rendah langit kat atas. Benda yang paling penting dah belajar during those 10 days, JANGAN MUDAH MENGALAH, KENA SELALU BERSABAR, BELAJAR TERIMA APA SAHAJA SEADANYA. Cuma ada satu hal yang sangat mengecewakan, ada orang yang beranggapan soal hati ini boleh buat main. Sedar ke tidak, karma sentiasa tunggu kat depan. Apa you bagi now, adalah apa yang you akan dapat in future. I've been moderated all this long, I guess this is the time for me to be more strict towards my heart. Bak kata Ust Ubai, I need to get to another level. Bukan level apa, tp kena jadi lebih kuat untuk berkata tidak dan lebih kuat untuk menolak apa sahaja yang tidaj perlu diterima. Terima kasih buat semua yang sudi memberi nasihat dan tunjuk ajar. Semoga kekurangan diri ini boleh dimaafkan. Ukhwah ini terlalu indah untuk dicemari dengan kotoran hati. Semoga tahun depan kita bersama lagi. Sayang kalian. :)



p/s: dah hilang skill mengarang. aih. -___-

No comments:

Post a Comment

(: